Kuil Nattukotai di Pulau pinang sebagai signifikan kaum chetti di Malaysia

Kepercayaan keagamaan menjadi elemen penting dalam sosiobudaya komuniti Chettiar dan kuil turut menjadi pusat bagi pelbagai upacara keagamaan dan kerja amal. Namun begitu, terdapat juga pandangan yang mengatakan bahawa penglibatan komuniti Chettiar dalam urusan kuil dan keagamaan ini adalah untuk menebus dosa mereka kerana mengenakan bunga menerusi aktiviti peminjaman wang. Sehingga hari ini, komuniti Chettiar di Tanah Melayu menyambut beberapa perayaan keagamaan di kuil-kuil mereka terutama yang berkaitan dengan Dewa Murugan seperti Thaipusam pada bulan Maasi Magam dari bulan Februari hingga Mac, Panguniuttiram dari bulan Mac hingga April, Chitrapournami dari bulan April hingga Mei dan Karthigai dari bulan November hingga Disember.

Sistem sosial komuniti Chettiar adalah berdasarkan semangat kesukuan nagar kovil yang mencerminkan segala aspek kehidupan komuniti tersebut. Dari segi istilah, nagar bermaksud bandar, manakala kovil pula bermaksud kuil. Sehubungan dengan itu, nagar kovil dalam komuniti Chettiar boleh dikatakan sebagai sebuah penempatan komuniti yang menjadikan kuil sebagai asas utama penubuhannya. Kuil merupakan institusi penting bagi komuniti Chettiar dalam sesebuah nagar kovil. Kuil Arulmigu Sri Thandayuthapani adalah yang paling terkenal di kalangan kuil-kuil Hindu di Pulau Pinang, Malaysia yang telah dibina oleh golongan Chettiar. Sebagai ahli perniagaan yang bijak dan peminjam wang, Chettiars tradisional dibina kuil yang berada mercu tanda kualiti. Kuil-kuil ini biasanya diurus dengan baik dan kewangan sendiri yang mencukupi. Kuil ini telah dibuka sekitar tahun 1854, selepas komuniti Chettiar membeli sebidang tanah untuk membina suku Chettiar, atau kittangi. Dalam suku Chettiar Thandayuthapani adalah penjelmaan dewa Murugan . Kuil chetti ini diperbuat daripada struktur kayu dan tiang semua diperbuat daripada kayu jati Burma. Terdapat beratus-ratus lukisan yang menggambarkan tema agama. Ia adalah amalan untuk Nattukottai Chettiars, untuk membina kuil untuk Dewa Murugan di mana sahaja mereka menetap.

Fungsinya bukan sekadar tempat beribadat, malah turut dijadikan pusat pengumpulan harta, pusat pelaburan, penggalak pelaburan semula dalam perniagaan, pusat pengurniaan kekayaan dan kekuatan ekonomi, pusat perbincangan serta membuat keputusan bagi urusan perniagaan kaum keluarga. Bukan itu sahaja, kuil tersebut juga turut berfungsi sebagai pusat penyimpanan rekod anggota nagar kovil iaitu meliputi rekod kelahiran, pendaftaran perkahwinan, pendaftaran perniagaan dan juga pendaftaran kematian. Dari sudut sosioekonomi, kuil berperanan sebagai pusat pengumpulan dana magamai iaitu sebahagian hasil keuntungan perniagaan yang didermakan oleh anggota nagar kovil kepada tabung kuil untuk kerja-kerja amal kuil (kovir pani) dan pelaburan perniagaan. Magamai juga dianggap sebagai amalan menderma sebahagian daripada keuntungan perniagaan kepada Tuhan. Ini bererti, komuniti Chettiar berkongsi peratus keuntungan perniagaan dengan Tuhan kerana mereka menganggap Tuhan sebagai rakan kongsi perniagaan. Peratusan pemberian magamai akan ditetapkan oleh lembaga pengurus kuil dan setiap ahli nagar kovil akan patuh tanpa sebarang bantahan kerana kepercayaan tinggi mereka terhadap Tuhan serta balasan dari Tuhan. Ini semua disokong oleh tradisi komuniti Chettiar yang percaya bahawa Tuhan akan memberikan kemakmuran dan kemewahan sekiranya mereka membalas semula segala kurniaan Tuhan. Hasil pengumpulan dana magamai ini telah membuatkan sesebuah kuil mempunyai banyak harta dan aliran kewangannya tidak pernah susut. Semakin besar keuntungan perniagaan ahlinya, semakin banyaklah pengumpulan dana tersebut. Malah, dana yang terkumpul ini akan menjadi wang pelaburan perniagaan kepada segelintir komuniti Chettiar lain. Tradisi ini terus menjadi ikutan oleh semua komuniti Chettiar yang menetap di Tanah Melayu sejak pentadbiran British kerana menganggap kuil sebagai pusat pengumpulan harta dan rakan kongsi perniagaan.

Dalam sudut penyembahan, komuniti Chettiar di Chettinaadu beranggapan bahawa Tuhan Siva ialah tuhan yang mengurniakan kekayaan, dan itulah sebabnya ia dijadikan tuhan utama yang disembah. Kepercayaan yang mendalam terhadap kesaktian serta balasan Tuhan Siva menyebabkan komuniti Chettiar tidak akan menyembah tuhan - tuhan yang lain. Namun begitu, sedikit berbeza amalannya di Tanah Melayu, apabila komuniti Chettiar telah menyembah Dewa Murugan yang juga dikenali sebagai Dewa Thandayutapaani iaitu anak kepada Tuhan Siva. Ini semuanya adalah berkait rapat dengan konsep mereka semasa beribadat yang menyembah Dewa Murugan dalam keadaan aandi (papa) kerana merantau tanpa keluarga dan sanak saudara, tetapi masih mempunyai ikatan yang kuat dengan waris di tempat tinggal asal.